ustazah hafizah musa: soal hati

-perkongsian ustazah hafizah musa (aku dengar, aku catat, aku salin kembali)-
"Sesungguhnya didalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka seluruh perbuatannya, tingkah lakunya, amalannya, pemikirannya adalah baik. Tetapi jika daging itu busuk, buruk, sakit maka seluruh jasadnya akan sakit. Ketahuilah yang seketul daging itu ialah HATI"

  • Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Nampak tak hadith nabi di atas? Pengaruh hati terhadap diri kita tersangatlah besar. Terlalu besar.
    Cuba lihat dua kondisi ini;
    Yang pertama;
    1) Suami isteri saling sayang menyayangi, cinta mencintai dan ditakdirkan Allah, suami outstation jauh. Apabila mereka berhubung si suami cakap perlahan jea. Lemah lembut. Sama juga si isteri; "assalamualaikum sayang, tengah buat apa tu?"
    Nampak tak? ini semua kerana apa? kerana HATI MEREKA DEKAT.
    Yang kedua;
    2) Suami isteri dekat. Duduk serumah. Tapi bertengkar. Berselisih faham. Tak puas hati itu ini. Cakap pun tengking tengking. Macam seorang duduk di singapore. Seorang lagi dekat KL.
    Kerana apa? Kerana HATI MEREKA JAUH. tu yang cakap pun kuatkuat.
    Soal hati ni yang buat dia sampai atau tak sampai; Allah ada sebut dalam surah al-muthaffifin ayat ke 14 yang membawa maksud;
    "Sesekali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka"
    Perlu diingat kembali hadith nabi;
    "Fitnah akan melekat ke hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tumpang tindih satu sama lain maka hati yang dihinggapi oleh fitnah nescaya ada bintik-bintik hitam yang melekat kepadanya. Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggap fitnah akan melekat kepadanya bintik-bintik putih sehingga hati tersebut terbahagi menjadi dua. Sebahagian menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak ada lagi terkena bahaya fitnah selama langit dan bumi ini masih ada dan sedang bahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat"

    Apa yang berlaku didalam hati?
    1) Apa yang kita tanam yang datang dari hati, yang kita keluarkan daripada hati, dari benih yang baik maka kita akan dapat semai pohon yang baik
    Ini merupakan satu FORMULA yang BAIK.
    "Orang yang menanam kejujuran. Dia akan mendapat keberuntungan"

    "Orang yang menanam kerendahan hati dia akan mendapat kemuliaan daripada Allah dan manusia"

    "Orang yang tekun dia akan mendapat kemenangan. Orang yang tak jujur dia tidak akan dipercaya. Orang yang malas dia akan merasa penyesalan. Dan orang yang tamak dia akan kerugian"
    Ada satu kisah di sebuah negeri yang mempunyai Raja dan seorang anak perempuan. Disebabkan si Raja dah tua maka dia membuat keputusan untuk menikahkan anaknya dengan seorang pemuda. Diumumkan si raja bahawa dia sedang mencari calon suami untuk anaknya. Maka ramailah yang datang. Setiap seorang diberikan sebiji benih dan disuruh pulang. 4-5bulan kembali ke istana dengan membawa hasil
    Hari yang dinanti telah tiba. Siapa yang paling hebat? Siapa yang dapat berkahwin dengan puteri raja tersebut?
    Ada yang membawa buah. Ada yang pohon yang rendang, tapi ada seorang pemuda bawa kembali biji benih yang diberi oleh raja tersebut. Tak berbuah. Tak berdaun. Masih kekal sebiji benih. Semua gelak.
    Raja tersebut senyum maka diumumkan yang akan menjadi suami kepada anaknya ialah dia. Memang sengaja si raja memberikan benih yang rosak.
    Nampak tak? Gambaran tentang kejujuran. Dalam hidup kejujuran itu sangat penting.
    Yes. Sebut pasal hati. Dalam hati kita banyak pintu pintu yang syaitan boleh masuk;
    PINTU RIAK; PINTU MARAH; PINTU UJUB 


    Sebut soal hati juga; kadang-kadang bila tengok orang tak tutup aurat mesti kita akan cakap "teruknya dia". Sebenarnya hati yang paling baik ialah hati yang ada sifat TAWADHU'. Sifat tawadhu' ialah sifat merendah diri sebab tu Ibnu 'Atailah Assakandari menyebut dalam hikmahnya;
    "Tanamkan dalam diri kamu diatas tanah kerendahan kerana tidak ada satu benda pun. Tidak ada satu pokok pun yang akan menjulang tinggi ke langit. Tidak ada satu bangunan yang akan berdiri kuku kecuali FOUNDATION dibawah sangat KUKUH"
    Orang yang tawadhuk; Allah angkat darjat dia.
    Dalam surah Annur ayat ke 21 yang membawa maksud;
    "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaiton. Maka sesungguhnya dia (syaiton) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepadamu, nescaya tidak seorang pun diantara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha mendengar, Maha mengetahui"
    Kenapa hati dipanggil QALBUN? Kenapa hati selalu berbolak balik? Kerana sifat hati itu sendiri berbolak balik seperti air menggelegak.
    Cara nak jaga kesucian hati ustazah ada kongsi satu kisah beliau;
    Ustazah pernah pergi kesebuah sekolah tahfiz. Ustazah datang dan masa tu anak murid tengah solat dhuha dan dzikir. Ustazah dapat lihat satu suasana bening. Sejuk mata memandang. Anak-anak semua tunduk. Rendahkan wajah. Ustazah tanya kepada penyambut tetamu "dah habis solat dhuha dan mereka sedang buat apa" orang tu jawab; "berdzikir ustazah. Dan muhasabah diri"
    Ustazah perhati dan tunggu selama 20minit. Nampak tak? Dengan hanya memerhati orang yang bermuhasabah. Dengan memandang orang yang sedang menundukkan wajah. Kita dapat rasa sesuatu.
    Anak-anak tu cakap; "ustaz suruh kami pandang hati kami. Ustaz suruh dzikir laa ila ha illallah. Laa ila ha illallah"
    Kita kena bagi masa kepada hati. Kita kena bagi masa kepada diri walaupun sesibuk mana pun kita. 10minit ke. 20minit ke. Pandang hati. Nilai hati kita.
    Hati kita ni macam-macam perkara mazmumah kita dah lakukan. Ingat surah annur ayat 21 tadi. (Diatas)
    Katakan pada hati; Alhamdulillah kita boleh solat. Alhamdulillah semuanya kerana rahmat Allah.

    sebagai penutup; tanya pada hati. Dengan hati yang bagaimana kita nak berhadapan dengan Allah? Dengan hati apa yang kita nak persembahkan kepada Allah? Sudah tentu dengan hati yang SALIM.

aku senyum. kau?