fi dzahril ghaib

yaa hayyu yaa qayyum, birahmatika astaghiitsu!

sedikit perkongsian yang disampaikan oleh ustazah nor hafizah musa (tak semua):

hubungan kita dengan manusia ni tidak terhenti antara jasad dengan jasad tetapi boleh pergi jauh: hati ke hati. bukan sekadar kita beri salam assalamualaikum dan orang tu jawab. bukan itu. bukan bukan.

hassan albanna pernah berkata: "apa yang datang dari hati akan sampai ke hati."

sebab tu semua yang nabi lakukan. perkatakan dapat tembus ke hati manusia. lalu hati itu menyerah dan berkata tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi muhammad itu pesuruh Allah.

kuasa doa. satu resepi yang menjadi pengikat antara hati dengan yang hati boleh jadi fi dzahril ghaib yakni orang tu tak tahu pun yang kita sedang doakan dia. misalnya kita solat dhuha kita doa "ya Allah murahkan rezeki si fulan/fulanah" sebab tu bila bertemu kita dapat rasa (ikatan hati) susah nak jelaskan kenapa hati kita tertaut dengan dia. kita mungkin kenal 1000 orang tapi hati tertaut dengan dia. barangkali kita ni termasuk dalam doa-doa mereka. :')

ikat hati dengan hati dengan doa tersebut. ini anugerah Allah. Allah yang membuka hati-hati manusia:
"wahai allah, bukakanlah pintu hati diantara kami dengan kaum kami. sesungguhnya engkaulah sebaik-baik yang membuka hati manusia"
kita kena muhasabah. kadang-kadang kita busy jadi ambil doa pakej. ringkas:


"allahumma rabbana aatina fiddun yaa hasanah wafil akhirati hasanah, wa qiina adzabannar"
terlalu individualistik. hanya "aku aku aku" tak macam doa alim ulama. satu page doa untuk sekalian muslimin muslimat. "wahai Allah rahmati ummat muhammad" "wahai allah berilah ilmu kepada generasi muda pada hari ini" kita akan dapat rasa suasana lain kalau doa tak khusus untuk diri kita sahaja. dengan sendirinya Allah akan ikat hati kita dengan mereka.

ustazah sampaikan rahsia: nak berdoa kepada Allah: dalam satu hadith nabi muhamamad bersabda:

apabila seorang hamba itu berdoa "ya Allah.. Ya allah.. ya Allah.. ya Allah (4kali) maka Allah swt menjawab labbaika abdih. allah menjawab telah siap sedia untuk hamba itu. kamu mintalah dan Allah akan beri kepada kamu apa yang kamu minta

seru nama allah  ya allahu ya allah ya allah ya allah: sekurang-kurangnya 4kali baru kita minta. nak ikat diri kita dengan siapa, kita kena pastikan orang itu ada dalam doa-doa kita.

yang kedua:

perkongsian daripada kiai haji anwar: manusia zaman sekarang sakit. tak boleh tengok orang lain lebih mula nak mengata. contoh: "besarnya rumah dia. dapat duit dari mana lah tu" "tak pun kalau tengok isteri tak lawa suami handsome mula nak cakap mesti ada sesuatu tak kena. sebab tu manusia sekarang kena rawat hati dengan dua benda

1) surah ar-rad ayat 28 yang membawa maksud: orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenteram

kena ingat Allah selalu. sibukkan diri dengan Allah. hanya Allah.

2) banyakkan sholawat kepada nabi muhammad. moga moga dengan sholawat kepada nabi, Allah beri jalan keluar kepada kita. tak susah. kan ada nasyid:
SOLLATULLAH SALAMULLAH 'ALA THOHA RASULILLAH.
SOLLATULLAH SALAMULLAH 'ALA YASIN HABIBILLAH..

allahumma solli 'alaih. banyakkan sholawat, maka kamu akan bahagia.


aamanna billahi warasulih; kami percaya kepada Allah dan Rasulnya. senyum, bangkit. :)